Pages

Saturday, April 21, 2012


PERSEPSI JIHAD


Pengenalan
Pada masa kini, istilah “Jihad” semakin dilaung-laungkan dalam kalangan masyarakat umat Islam dan diperlihatkan sebagai sesuatu fenomena yang luar biasa oleh pihak-pihak bukan Islam. Terdapat banyak kekeliruan oleh orang ramai tentang pengertian jihad. Kemuskyilan di sini bukan sahaja merujuk kepada takrif jihad itu sendiri yang sering diertikan sebagai peperangan mengangkat senjata yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah, tetapi juga merangkumi soal-soal seperti mengapakah jihad harus dilaksanakan, siapakah golongan yang menjadi tumpuan, serta siapakah golongan yang harus diperangi menerusi jihad ini.
Jika dianalisis dengan tenang dan teliti, jihad merupakan satu konsep umum murni yang menerangkan segala aspek perjuangan untuk menegakkan agama Islam yang suci. Jihad merupakan asas kepada pembentukan dan kemajuan Tamadun Islam di dunia bagi mencapai kejayaan yang sebenar di akhirat. Ia juga merupakan satu cara bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan musuh. Melalui jihadlah Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Jadi, jihad bukanlah hanya terbatas kepada peperangan menghadapi musuhnya, tetapi juga merangkumi usaha untuk mengawal nafsu daripada godaan syaitan, membina keluarga Islam yang kukuh, mempertahankan, melaksanakan dan menyebarkan ajaran, segala aturan dan peraturan Islam, dan sebagainya.
Perkataan jihad ini mengandungi pengertian yang cukup luas yang meliputi semua aspek kehidupan, sama ada dari segi politik, sosial, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, ataupun ibadat, sejajar dengan konsep dan falsafah agama Islam sendiri yang dilihat sebagai satu cara hidup yang sempurna. Oleh itu, ilmu pengertahuan yang betul dan panduan yang tepat amat penting dalam melihat jihad dalam skop yang luas agar kita tidak mudah terpengaruh oleh sebaran-sebaran yang tidak benar. Penjelasan yang jelas perlu diketengahkan, bukan sahaja kepada umat Islam itu sendiri, tetapi juga kepada mereka yang bukan Islam. Oleh itu, dalam nukilan ini akan menerangkan tentang takrif dan konsep jihad, jenis-jenis jihad, serta  menjelaskan istilah dan fenomena jihad daripada pelbagai pespektif.

Takrif dan Konsep Jihad
Perkataan jihad ini diambil daripada perkataan al-juhdu yang bermaksud usaha tangga dan al-jaduh yang bererti penat jerih. Dengan kata lain, ia bererti melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh atau disebut sebagai didih dan dedikasi. Seorang muhajid atau seseorang yang berjihad itu adalah seseorang yang sanggup menghabiskan usaha tenaganya dengan merasai penat jerih.
Kamus Dewan menakrifkan jihad sebagai perang yang suci kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil. Terdapat empat pandangan berbeza mengenai takrif jihad oleh empat mazhab yang berlainan, iaitu Hanafi, Shafie, Maliki, dan Hanbali. Namun teras utama mereka adalah untuk mengajak orang kafir memeluk Islam dan memeranginya jika menolak, mengerah segenap kemampuan dan tenaga dengan melakukan perang fisabilillah sama ada dengan diri, harta dan lidah, berperang di jalan Allah, dan menegakkan ajaran agama Islam.
Berasaskan kepada kenyataan dalam syariat Islam dan pentafsiran para fuqaha, ternyata jihad boleh diertikan dengan maksud yang luas. Jihad boleh didefinisikan sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meningkatkan nama Allah. Jihad juga merupakan pergabungan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang aman. Peperangan jihad boleh dilakukan dalam keadaan terdesak dengan mendapat keizinan Allah tanpa disertai dengan tujuan lain seperti kebendaan, kepentingan diri atau untuk menjajah bangsa lain.
Terdapat dua perkataan yang lahir daripada sumber yang sama dengan al-Jihad iaitu al-Ijtihad clan al-Mujahadah. Perkataan al-Jihad, al-Ijtihad dan al-Mujahadah memberi maksud mengerahkan keupayaan secara maksimum (bersungguh-sungguh) dan berakar umbi daripada huruf yang sama iaitu Jahada. Walaupun dari huruf yang sama dan mempunyai persamaan dari sudut definisi iaitu mengerahkan segala kemampuan, namun dari aspek penggunaan dan pengertiannya adalah amat berlainan kerana perkataan-perkataan tersebut mempunyai maksud yang tersendiri apabila dilihat dalam bidang disiplin ilmu yang berlainan. Ketiga-tiga istilah tersebut apabila dilaksanakan oleh setiap individu muslim, ia akan menjadi suatu amalan atau perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. yang merupakan matlamat tertinggi dan teragung kepada setiap individu muslim.

Jenis-jenis dan Pembahagian Jihad
Secara umumnya, jihad boleh terbahagi kepada dua: jihad nafsu dan jihad fizikal. Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat mulia dan terpuji. la adalah jihad untuk mentaati Allah dan menentang tipu daya syaitan dan melawan nafsu. Jihad ini juga merangkumi jihad kecil yang lain iaitu jihad dengan hati (berdoa), jihad dengan lisan dan penulisan (nasihat dan tutur kata), jihad dengan ilmu dan pelajaran, jihad dengan harta dan jihad dengan tubuh badan dan nyawa.  Jihad melawan nafsu adalah jihad yang paling tinggi sekah darjat di sisi Islam.  Sementara itu, jihad berbentuk fizikal pula ialah jihad dengan mengangkat senjata menentang golongan kafir dan munafik yang menghalang perkembangan dakwah Islam. Jihad menentang golongan kafir ini ialah dengan cara pertama: berdakwah mengajak mereka memeluk Islam dan kedua: menyerang mereka dengan senjata.
Amalan jihad sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Justeru, perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah s. w. t. dan agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian. Antara jenis jihad yang diberikan oleh kaum orientalis dan pengikutnya adalah termasuklah jihad melawan nafsu, menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia boleh dilakukan sama ada melalui pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal, dan tenaga. Malah, sumbangan pendapat dan buah fikiran juga tergolong dalam jihad Islam.
Lantas, sekiranya setiap umat Muslim dan orang ramai mengamalkan konsep jihad serta menghayati semangat jihad, maka yakini kegemilangan Islam akan kembali bersinar dan membawa kesejahteraan kepada dunia dan alam semesta ini.

Perspektif Jihad Secara Umum
Secara umumnya, banyak orang melihat jihad sebagai suatu perbuatan dan tindakan yang dikaitkan dengan perjuangan menegakkan Islam dengan menggunakan senjata atau jihad secara fizikal semata-mata. Golongan yang berjihad fanatik ini secara amnya lebih banyak difahami dan lebih sinonim dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan mengakibatkan pertumpahan darah atas dorongan untuk mencapai syahid.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, masih ramai yang tidak faham akan erti dan konsep jihad. Persoalan pertama yang sering ditanyakan adalah tentang makna jihad itu yang sering diertikan sebagai peperangan bersenjata yang membawa kepada pertumpahan darah dan pembunuhan. Namun sebenarnya jihad dalam Islam merangkumi ruang lingkup yang lugs dan tidak hanya terhad dengan mengangkat senjata. Jihad dalam Islam boleh dilakukan dengan pelbagai cara, iaitu sama ada dalam bentuk nyawa, tenaga, harta, wang ringgit, akal fikiran, ilmu dan sebagainya. Kekeliruan kedua ialah tentang golongan yang menjadi sasaran jihad atau golongan yang harus diperangi itu. Ada yang berpendapat semua golongan kafir atau musuh boleh diperangi, tanpa mengira sasarannya ialah kanak-kanak, orang tua ataupun golongan yang uzur. Sebenarnya Islam ada menetapkan syarat dalam berjihad secara perang di mana golongan-golongan ini tidak boleh diperangi.
Kekeliruan yang ketiga pula adalah tentang tindakan pihak barat yang sengaja ingin mencemarkan nama Islam dengan menghadkan maksud jihad peperangan yang menggunakan senjata sehingga melibatkan pembunuhan dan kekerasan. Namun, penyataan ini adalah tidak benar kerana jihad dengan cara perjuangan sebegini tidak lagi dianggap sebagai jihad pada umat Islam. Demikianlah wujudnya budaya yang tidak sihat dalam masyarakat Islam atas kekurangan fahaman jihad. Ada umat Islam yang bermahzab dan berideologi politik yang berbeza sanggup melakukan kekejaman antara satu sama lain atas alasan berjihad.

Jihad menerusi Pespektif Islam
Islam mengkaitkan jihad dengan jiwa, harta dan lidah. Dalam Islam, jihad merupakan suatu pendekatan yang paling berkesan untuk mewujudkan keamanan kedamaian, keadilan, dan kebenaran. Jihad bukanlah matlamat tetapi adalah salah satu kaedah untuk mencapai matlamat. Justeru, jihad bukanlah keganasan tetapi adalah sebagai satu kaedah untuk mengatasi keganasan. Jihad bukanlah kezaliman tetapi adalah sebagai suatu cara untuk menghapuskan kezaliman.
Untuk menentukan bahawa sama ada suatu peperangan itu tergolong jihad fisabilillah atau tidak, maka kita perlu meneliti fakta tentang jenis-jenis peperangan yang dikenal dalam khazanah Islam. Dalam Islam, terdapat kurang lebih 12 jenis peperangan, iaitu perang melawan orang-orang murtad, melawan para pengikut bughat, melawan kelompok pengacau (al-hirabah atau qutha at-thuruq) dari kalangan perompak dan sejenisnya, mempertahankan kehormatan secara khusus (jiwa, harta benda dan kehormatan), mempertahan kehormatan secara umum (yang menjadi hak Allah atau hak masyarakat), menentang penyelewengan penguasa, perang fitnah (perang saudara), melawan perampas kekuasaan, melawan ahlu dzimmah, perang ofensif untuk merampas harta benda musuh, menegakkan Daulah Islam, dan untuk menyatukan negeri-negeri Islam. Dalam peperangan sekalipun, Islam telah menggariskan bahawa tidak boleh sekali-kali membunuh orang-orang yang tidak berdaya seperti perempuan, kanak-kanak, orang tua, ahli agama dan mereka yang tidak menentang serta memusuhi Islam. Ini kerana matlamat utama al jihad atau al-qitalfi sabilillah ialah untuk meningkatkan nama Allah dan menjadikan Islam satu-satunya agama tertinggi yang dapat memberikan keadilan, kesejahteraan dan keamanan kepada individu, masyarakat dan dunia seluruhnya. Matlamat ini tentunya mampu dicapai tanpa melakukan kerosakan sama ada kepada manusia dan juga harta benda.
Tidak dapat dinafikan bahawa Islam mewajibkan umatnya berperang dan pernah menyatakan bahawa rezeki berada pada hujung pedang sebagaimana dalam hadis riwayat Ahmad daripada Ibn Umar. Namun, hadis ini perlu difahami dengan tenang dan baik, iaitu Islam mahukan umatnya menyediakan kekuatan, seberapa yang mungkin, kerana ketika itu Islam merupakan agama yang baru muncul, dan nescaya kekuatan senjata cuma untuk mempertahankan diri sahaja, tetapi Islam agama seluruh manusia. Antara unsur yang penting dalam jihad ini ialah kesungguhan atau dedikasi dalam melaksanakannya dan niat atau objektif berjihad. Dalam syariat Islam, kedua-dua aspek ini disebut sebagai niat dan khaifiyat yang menentukan sejauh mana sesuatu langkah yang di ambil itu tepat atau sebaliknya. Secara prinsipnya kedua-dua unsur ini perlu tepat dengan tuntutan syariah. Kalau salah satu daripadanya terabai, maka kesan negatifnya boleh mengurangkan nilai aspek yang satu lagi.
Sesungguhnya, sebaran Islam hanya untuk disampai kepada sasarannya, bukan untuk dipaksa supaya diterima. Dakwah Islam kini boleh dilalui dengan banyak jalan. Akidah Islam tidak pernah disebar melalui paksaan, sama ada pada umat nabi-nabi terdahulu atau pada umat Nabi Muhammad s.a.w.. Islam menolak penggunaan senjata bagi penyebarannya Ayat 28 dalam surah Hud ada mengatakan di mana Nabi Nuh a.s. dengan terus terang menyatakan kepada kaumnya: Adakah kamu nampak ada gunanya aku paksa kamu memeluk Islam? Memang benar ada hadis yang menyatakan jihad berterusan hingga kiamat, tetapi suasana damai hendaklah dikekalkan.

Jihad menerusi Pespektif Al-Quran dan Al-Sunnah
Banyak yang telah dijelaskan dalam Al-Quran mengenai konsep jihad dan peperangan (qital). Antaranya tema yang berkaitan dengan jihad yang telah dibincangkan termasuklah hukum-hukum jihad, halangan untuk berjihad, berhati-hati terhadap musuh, peraturan semasa berperang, kisah-kisah peperangan dan banyak lagi.
Ayat-ayat dalam Al-Quran menjelaskan bahawa maksud jihad dalam al-Quran bukan hanya menyeru umat Islam berperang tetapi juga bermaksud menyeluruh dan umum, iaitu merangkumi aspek daya, tenaga kemampuan dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya (sama ada luaran, ataupun dalaman iaitu syaitan dan jin) bagi mencapai matlamat yang digariskan al-Quran. Terdapat juga ayat yang menyentuh tentang penegasan kefardhuan jihad. Ada yang menyentuh jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah (keupayaan melawan nafsu), memperkaya ilmu, menggunakan al- Quran sebagai mekanisme untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan harta dan jiwa.
Perkataan al-Jihad atau al-Qital yang bermaksud perang sering disandarkan dengan istilah fisabilillah dalam kebanyakan ayat dalam al-Quran. Perkataan al-Qital sebagaimana dinyatakan Allah s.w.t di beberapa tempat dalam al-Quran juga pada kebanyakan disandarkan kepada fisabilillah. Maksud perkataan al-Qital lebih khusus penggunaannya daripada al-Jihad kerana perkataan al-Qital lebih tertumpu kepada peperangan yang menggunakan senjata serta menyebabkan berlakunya pembunuhan antara satu sama lain. Manakala istilah al-Jihad pula selalunya digunakan secara umum yang bermaksud mengerahkan keupayaan sama ada dari aspek harta benda, tenaga dan pemikiran untuk meletakkan agama Allah s.w.t. pada tempat yang sewajarnya.
Al-Quran juga menjelaskan jihad dalam beberapa bentuk. Antaranya, jihad bermakna suatu tindakan yang umum. Jihad dipersyaratkan harus dalam hal yang boleh diredhai Allah, hanya kerana Allah, dan sekadar atas kemampuan masing-masing. Dengan kata lain, jihad tidak boleh bertentangan dengan nilai-nilai kebaikan. Selain itu, jihad bukan suatu tindakan dan tujuan yang dapat dicapai dengan tangan kosong. Maka jihad melibatkan dan memerlukan pengorbanan. Oleh sebab itu orang yang mampu berjihad akan memperoleh keutamaan, kemenangan dan kebahagiaan, pertolongan sesamanya, dan pengampunan jihad pula digolongkan sebagai shadiqun. Di samping itu, jihad juga bererti ujian. Mujahid adalah orang yang menerima ujian Allah dan sekaligus penilaian Allah atas orang tersebut apakah termasuk orang yang sabar atau tidak. Allah memberikan ujian berupa ketakutan (rasa tidak aman), kelaparan, kekurangan harta, miskin jiwa, dan tidak adanya penunjang makanan berupa buah-buahan di mana kesemuanya itu memerlukan jihad atas sebab melalui semua ini adalah sangat tidak mudah.

Jihad menerusi Pespektif Barat
Pihak Barat selalunya mengaitkan jihad dengan keganasan. Perkataan jihad sering disalahtafsirkan oleh musuh-musuh Islam. Apa jua bentuk keganasan pastinya dikaitkan dengan Islam. Justeru mereka menuduh serta mengatakan bahawa Islam adalah agama yang menggalakkan keganasan. Sebenarnya masyarakat Barat tidak menerima pemikiran agama Islam yang terlalu percaya kepada sesuatu dan mengikuti kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya. Kesanggupan berjihad merupakan satu kesanggupan yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti nyata. Masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan orang fanatik.
Media Barat sering memutarbelitkan pengertian jihad dengan menggambarkan imej buruk Islam apabila menghubungkan perjuangan yang suci ini dengan keganasan dan pembunuhan. Kefahaman ini seolah-olah Islam itu ditegakkan dengan mata pedang atau peperangan sedangkan yang sebenarnya adalah disebaliknya. Oleh sebab salah pengertian jihad dan kempen media Barat yang mencemarkan Islam, umat Islam juga mula terpengaruh. Keadaan ini semakin jelas dengan tragedi 11 September 2001 di New York. Tragedi yang dikatakan didalangi oleh kumpulan pengganas Islam al-Qaeda yang diketuai oleh Osama ben Laden dengan mudah tersebar di seluruh dunia dengan penguasaan media komunikasi dunia di tangan Barat. Tetapi, setakat mana benarnya ia masih lagi dipersoalkan. Apatah lagi hari ini, rakyat Amerika sendiri inginkan agar tragedi ini disiasat semula hingga munculnya apa yang dikatakan. Tragedi 911 pada tahun 2001 mula dikatakan sebagai satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Amerika untuk terus mengeksploitasi negara-negara Islam.
Pihak barat senantiasa menyebarkan propaganda bahawa umat Islam itu pengganas. Kesannya, masyarakat Islam pun mula bertindak balas dalam pelbagai bentuk. Dari sinilah timbulnya pelbagai gerakan bawah tanah yang dikatakan melakukan pengemboman di Bali, Filipina dengan alasan berjihad menentang Barat. Namun sebenarnya menurut Islam, berjihad dengan senjata perlu mengikut objektif dan syarat yang betul kerana Islam sangat menghormati nyawa. Malah, dalam realiti kini, kelompok Islam lebih gemar berjihad dengan mengebom kawasan awam dan mengutamakan kekerasan. Secara tidak langsung ini telah mengukuhkan lagi pendapat Barat bahawa Islam adalah agama perang dan umat Islam itu pengganas. Cara media Barat menggambarkan Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan telah menimbulkan ketakutan serta kebencian sesetengah masyarakat Barat terhadap Islam, lantas meletakkan Islam sebagai musuh mereka. Sebenarnya keganasan bukan hanya terbatas kepada penganut agama tertentu sahaja.

Jihad yang Kita Perlukan pada Masa Kini
Semasa perjuangan Rasulullah SAW, jihad baginda adalah untuk menentang kejahilan, kemiskinan, hawa nafsu, sifat bongkak, munafik dan sebagainya. Jihad baginda bermula dengan menekankan tentang tulis dan baca. Ini merupakan lambang peningkatan ilmu pengetahuan dan kebudayaan manusia yang tinggi sebagai makhluk yang bertamadun. Kemudian baginda berjihad menghapuskan kemiskinan dan kepapaan yang dialami oleh orang miskin dan anak yatim, seterusnya berjihad dalam bidang pengajaran dan pendidikan bagi mendidik jiwa manusia supaya kuat dan dinamik dari segi rohani, badani dan aklinya. Pengertian jihad inilah yang seharusnya difahami dan direalisasikan oleh umat Islam kini, terutamanya dalam menghadapi arus globalisasi dan penindasan barat yang kuat melanda masyarakat dan negara-negara Islam sekarang.
Jihad yang perlu kita laksanakan dalam masyarakat hari ini haruslah mempunyai strategi bagi memperkuat ilmu pengetahuan, aspek ekonomi, dan fizikal umat, serta daya tahan yang kukuh untuk menghadapi segala cabaran dan permusuhan yang dihadapi. Ia bukan lagi hanya terbatas dalam jihad mempertahankan diri dari serangan musuh tetapi pendekatan jihad juga seharusnya dirujuk kepada faktor ruang dan waktu. Terdapat banyak perbezaan antara masyarakat dahulu dengan masyarakat kini. Antara perbezaan termasuklah perkara yang dimiliki untuk dipandang tinggi, mulia, dihormati dan disegani. Untuk memiliki semua ini, maka pemikiran yang tinggi dan ilmu yang mantap sangat diperlukan.
Jihad berubah mengikut senario masa kini. Namun, apa yang utama ialah melaksanakan jihad itu mengikut syarat asasnya iaitu menolong agama Islam dan meninggikan kalimahNya. Dengan prinsip Islam Hadhari serta Rancangan Malaysia ke-9 yang dibentangkan pada 31 Mac 2006 di Dewan Rakyat, jelas bahawa jihad ekonomi dan pendidikan adalah amat penting. Umat Islam perlu menggunakan segala kekuatan, kepakaran dan keupayaan yang sedia ada untuk mencapai sasaran yang sepatutnya. Umat Islam di Malaysia jangan mudah terpedaya dengan persepsi salah Barat terhadap jihad yang melihat jihad itu begitu sempit. Adalah penting untuk memperingatkan generasi kita bahawa Islam sangat menghormati nyawa sehingga dalam jihad hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat dalam perang. Membunuh orang yang tidak berdosa dan berupaya adalah dilarang.
Umat Islam di Malaysia juga perlu melihat kepada jihad dengan pemahaman yang sesuai dengan senario semasa.   Hal ini demikian kerana jihad yang benar bukanlah hanya melalui peperangan tetapi juga harus berdasarkan prinsip-prinsip seperti jihad bukan untuk tujuan kemegahan, kemenangan atau penjajahan. Komitmen yang berterusan dalam mentaati Allah dan Rasul iaitu dengan meyakini bahawa jihad adalah cara untuk mendapatkan keredhaan Allah dan segala kemurahan dan pertolongann-Nya. Perjuangan jihad seharusnya tidak mengingkari dan bercanggah Islam, sebaliknya wujud penyatuan atas dorongan satu matlamat jihad sebagaimana yang diingatkan oleh Allah S.W.T. Seseorang haruslah sabar dalam mengambil tindakan dan menanti kejayaannya. Sesungguhnya kesabaran adalah rahsia besar dalam kejayaan sebagaimana yang diwasiatkan oleh  Rasulullah kepada Ibnu Abbas r.a. Akhir sekali, sentiasalah mengingati Allah dan menginsafi bahawa jihad ini hanya kerana Allah dan hanya Dia yang mampu memberi kejayaan.

Kesimpulan
Tuntasnya, jihad membawa maksud yang sangat luas. Ia mencakupi proses membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan masalah masyarakat, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Disebabkan oleh kepelbagaian dimensi jihad Islam ini, maka jihad tidak seharusnya dipandang sebagai hanya dengan mengangkat senjata di medan peperangan tetapi jihad itu boleh menggunakan pelbagai cara. Justeru, penerangan dan perbincangan yang telus dan jelas perlu diketengahkan agar ianya mampu membimbing generasi muda khususnya dalam memahami apa itu jihad yang sebenarnya dituntut Islam.
Pemahaman jihad mengikut konteks Barat yang menyeleweng dari ajaran Islam telah menular dalam kalangan masyarakat Islam pada hari ini. Muslim pada hari ini terperangkap dengan apa yang dilakukan oleh musuh Islam khususnya Barat dengan membawa pengertian jihad yang sempit dan menyeleweng dari ajaran Islam. Seharusnya, jihad melawan hawa nafsu, jihad menuntut ilmu, jihad memerangi kemiskinan, kejahilan, gejala sosial yang diutamakan. Oleh itu, sekiranya setiap Muslim mengamalkan serta menghayati semangat jihad nescaya kegemilangan Islam akan kembali menyinari dan membawa kesejahteraan kepada alam ini.

Bibliografi
A. G. Noorani. (2009). Islam dan Jihad: Prasangka atau Kenyataan. Kuala Lumpur: Institut Penterjemah Negara Malaysia Berhad.
Abu Mazaya Al-Hafiz. (2007). Meluruskan Pemahaman Jihad Mengikut Panduan Al-Quran. Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.
Ahmad Kosasih. (t.t). Jihad. Didapatkan Mac 11, 2011, daripada http://www.dzikir.org/index.php?option=com_content&view=article&id=73:jihad&catid=43:mimbar-jumat&Itemid=61
Fatoohi, L. (2002). Jihad in the Qur'an. Kuala Lumpur: A. S. Noordeen.
Jihad. (2011). Didapatkan Mac 11, 2011, daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Jihad
Mustaffa Abdullah. (2005). Jihad dalam Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Persepsi Jihad. (2008, Disember 4). Didapatkan Mac 11, 2011, daripada http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/persepsi-jihad.html
Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan Mohd Noor, Nooraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan, & Ali Hafizar Mohamad Rawi. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. (2006). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Wisnu Sudibjo. (2009, Mac 2). MAKNA JIHAD MENURUT ISLAM. Didapatkan Mac 11, 2011, daripada http://wisnusudibjo.wordpress.com/2009/03/02/makna-jihad-menurut-islam/
Wong, J. (2009, September 11). Jihad Dalam Perspektif Barat. Didapatkan Mac 11, 2011, daripada http://wongjalur.web.id/islam/jihad-dalam-perspektif-barat/
Zulkifli Mohamad, Nasruddin Yunos & Mohamad Sabri Haron. (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor Darul Ehsan: Pusat Pengajian Umum universiti Kebangsaan Malaysia.

 ctk@copyright 2012

Friday, April 13, 2012

給自己的話。。


  1. 真的很抱歉,真的太久沒有更新專屬於自己的部落格。你看,這個塊荒地已長滿了遍地野草;我想,也是時候開始除草、種花、施肥澆水,好讓這一塊園地開始肥沃茂盛起來。
  2. 終於到了今天,我可以很開心、興奮、以及萬分高興的宣布:那些該死的阿塞門終於一一地被解決掉了!!不過不是很滿意這一個學期的進度,若和上學期作為比較的話。不過,我想,雖然這一個學期的課業很明顯的在很拖的情況下完成,不過我相信,這個學期所學的東西比上個學期學到東西比較多。 
  3. 很多身邊的朋友同學都只認為完成課業也只是為了應付學業上的需求,為了交功課而做而已。不過,我個人則認為說,如果你真的用整份心思去完成某項課業的話,我相信你能在裡面學習到很多。不單單只是在知識方面,在其他方面,如計劃、排版、標籤、印刷、甚至是在人際關係的技巧也能夠有所提升。
  4. 當然。這一次這個學期,在完成課業的過程中也有和組員產生極大的誤會。只為了一則被誤解的短信而讓整個情況變得很僵。不過很感恩,在努力補救的情況下,大家都能和好如初。儘管,大家的心裡面多多少少都會就下一些破裂的疤痕。不過,我想,若干年後,回頭一看,這一些已經用膠貼粘好的疤痕會讓大家覺得說大家都在這五年半中成長了不少吧。對,那就是成長的印證。
  5. 為了這一次的課業,我確實放棄掉很多能夠去玩樂的機會;講師也建議說我們不應該只埋在課業中,不時也是要有適當的消遣活動。我想,我是屬於哪一種苦命的吧,永遠都沒有特別多的時間享受我的美好人生。不過,捨得,捨得,有捨才有得。放掉一些東西,核能會換取一些其他人無法體會到的體驗吧。
  6. 完成了六個大的課業裡邊,最喜歡的就是數學的課業。原因無他,只為一老師尚算不是很嚴格的那一種;二為這份課業有individual tasks, 三為它有手工的部分。確實,可能有很多人不喜歡做一些手工的東西,不過,對於我來說,比起paper works,我還是比較喜歡做手工。做出來的成就感有大,看到成品是的感覺真的很好。真的是不知道該謝謝我的組員們那麼的信任我,還是說謝謝他們不喜歡做手工,也對我做的東西沒有意見,所以我都能把我的想法發揮到淋淋盡致。我想,這是和他們在一組的其中一個好處吧,就是能把自己的想法完全的發揮出來。 
  7. 當然,在這個忙碌的三月分和四月份裡,除了課業,還是有很多其他很瑣碎的東西要忙。其中包括了跆拳道練習和考試,假期,學校實地考察,看電影小說,等等等等。我想,這一些慢點我會抽出幾樣值得和大家分享的事件來把它來寫出來吧。盡情期待。 
  8. 其實也不知道要寫些什麼,今天就這樣吧。大家要加油哦。Fighting!! =)