“Maafkan saya, ibu. Saya tidak patut lari dari rumah begitu sahaja. maafkan saya ya, bu.” Aku menangis teresak-esak sambil meminta maaf kepada ibuku.
“Tak mengapa, nak. bukan kamu yang bersalah, si Angah tu yang buat hal. Maafkan ibu juga kerana terus menuduh nak tanpa usul periksa. Maafkan ibu, ya?” Balas ibuku sambil memelukku. Aku gembira kerana semua masalah yang membelenggu diriku telah diselesaikan.
Peristiwa ini berlaku kira-kira 3 bulan. Pada masa itu, aku baru balik dari kelas tambahan pada waktu petang. Selepas aku mandi, aku pun tertidur di atas sofa akibat terlalu letih. Pada waktu itu, tidak ada orang di rumah keranan semua ahli keluarga telah menziarahi nenekku yang sakit tenat di kampung. Apabila aku sedar, masalah yang serius lagi malang itu telah menimpaku.
Pada masa itu, seisi keluargaku telah balik dari kampung nenekku, Kampung Muhibah. Ibuku menuju ke arahku dengan begitu marah sekali bagaikan aku melakukan sesuatu kesalahan yang sangat serius, sedangkan aku tidak tahu apa yang sedang berlaku. Ibuku menuduhku bahawa aku telah mengambil dan mencuri rantai emasnya. Aku tahu bahawa rantai emas itu merupakan hadiah daripada abahku bersempena dengan ulang tahunperkahwinan mereka yang ke-30. Ibu memarahku sampil mengarahku agar menyerahkan rantai emas itu kembali. Walaupun ibuku begitu pasti bahawa akulah yang telah mencuri rantai emas yang berharga itu, namun aku tetap menafikannya sekeras-kerasnya.
“Bu, bukan saya yang mengambil rantai tu. Aku tidak pernah pergi ke bilik ibu pun selepas kalian pergi melawat nenda.” aku cuba membela diriku dengan sedaya upaya.
“Kamu jangan cuba berdalih tau, saya tahu bahawa awak yang curi kan, Dahlah, saya tidak mahu dengar lagi. Serahkan rantai itu sekarang juga. Cepat!” Sergah ibuku yang tanpa memeriksa biliknya dengan lebih teliti lagi dan terus menuduhku tanpa usul periksa.
“Saya tidak mengambil, bu, apatah lagi mencuri. Saya……” katkala aku belum sempat lagi menghabiskan kata-kata aku, ibu telah menamparku. Saya berasa begitu terkejut dan tergamam sekejap kerana ibuku tidak pernah memukulku sejak dari kecil lagi. Tamparan itu bagaikan sebilaj sembilu yang telah menghiris jiwaku. Aku menangis. Aku tidak berkata apa-apa dan terus lari ke bilikku.
Aku berasa begitu marah sekali. Tiba-tiba satu idea yang menakutkan telah melayang ke dalam fikiranku. Aku mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Pada waktu tengah malam, selepas aku mengemas beg-beg aku, aku pun lari dari rumah secara senyap-senyap. Selepas aku meminggalkan rumahku, aku menelefon dan meminta bantuan daripada kawan akrabku, Zul. Dia memahami situasi dan perasaanku, lalu membenarkanku tinggal di rumahnya buat sementara.
Selepas bebarapa hari peristiwa itu berlaku, aku menerima panggilan daripada ibuku. Dia memintaku balik ke rumah sambil menangis teresak-esak. Dalam panggilan tersebut, dia mengatakan bahawa dia telah salah tuduh terhadapku. Selepas aku lari dari rumah, dia telah menjumpai rantai itu di bawah katilnya. Selepas dia bertanya tentang perkara itu terhadap adik-beradikku, rupa-rupanya adikku, Angah telah menyorokkan rantai emas itu ketika bermain sorok-sorok dengan abangku.
Sebanarnya aku juga bersalah pada hari itu kerana bertindak terburu-buru tanpa memikirkan akibatnya dan tidak hormat kepada ibuku. Selepas aku berfikir panjang, aku pun mengambil keputusan untuk balik ke rumahku. Hubungan antara aku dan ibuku menjadi lebih erat dan mesra lagi selepas kejadian itu. Itulah bak kata pepatah, “biduk berlalu kiambang bertaut.” Sesuatu hubungan yang retak akan terjalain kembali setelah punca masalah itu dapat diselesaikan.
No comments:
Post a Comment