Pages

Thursday, January 5, 2012

假期生活系列之Kubu Alice


1.0 Lokasi dan latar belakang Kubu Alice
Kubu Alice terletak di daerah Sri Aman, Sarawak. Ia terletak tidak jauh dari Bandar Sri Aman.
Kubu Alice merupakan sebuah bangunan yang bertingkat dua dan berbentuk segi empat. Saiz bangunan Kubu Alice ialah lebih kurang 67m panjang dan 60m lebar. Kubu ini dicat dengan warna putih dan dibina dengan sejenis kayu yang sangat keras di Sarawak pada masa itu.
Di belakang bangunan Kubu Alice terdapat sebuah tanah lapang yang menunjukkan ke Sungai Batang Lupar, Sri Aman. Di cerun bukit, terdapat sebuah pintu pagar yang besar. Di sebelah kiri dan kanan bangunan terdapat sebuah menara tinggi.
Di sekeliling kubu ini telah disediakan meriam-meriam besar yang mengelilingi kubu ini. Ini adalah untuk berperang dengan musuh tempatan pada masa itu.

2.0 Sejarah Bangunan
Kubu Alice yang terdapat di Bandar Sri Aman adalah dibina di atas bukit di tebing Sungai Batang Lupar. Itulah satu-satunya peninggalan sejarah yang terdapat di bahagian Sri Aman. Ia adalah salah satu bangunan yang tertua di Sarawak. Ia telah diistiharkan sebagai bangunan bersejarah pada 10 Februari 1971.
Pembinaannya adalah kira-kira 12 bulan. Kubu Alice ini dibina oleh orang tempatan. Semua pembelanjaan dibiayai oleh Charles Brooke. Jarak Kubu Alice dari Bandar Sri Aman adalah kira-kira 500m. Semua peralatan untuk membina Kubu Alice adalah dibawa dari muara Sungai Batang Skrang.
Kubu Alice asal sebagai Kubu James. Ia dibina pada tahun 1849 di daerah Skrang. Disebabkan kedudukan yang begitu strategik, Charles Brooke telah memindahkan kubu tersebut pada tahun 1864 ke tempatnya sekarang. Ia kemudiannya dinamakan Kubu Alice. Ia mengambil sempena nama isterinya, Ranee Margaret Alice yang dibina di Simanggang, pada tahun 1970. Wang sebanyak RM1,011,111 digunakan untuk pembinaan bangunan bersejarah itu.


3.0 Sebab Bangunan Dibina
Bangunan Kubu Alice terletak di sebelah kiri madek (1849). Kubu tersebut dikenali sebagai Kubu James. Kubu Alice dibina di Sri Aman pada masa dahulu adalah untuk menggantikan sebuah kubu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran, pusat pertahanan, mahkamah, penjara atau hospital.
Bangunan Kubu Alice berperanan menjadi pusat pertahanan. Ia dibina di atas anak bukit. Ini untuk mengawasi laluan, perhubungan sama ada dari hulu atau hilir Sungai Batang Lupar. Ia senang mengebom kapal-kapal yang serang melalui belok Sungai Batang Lupar dengan adanya kedudukan yang strategik tersebut.
Kubu Alice adalah sebagai pusat pentadbiran semasa pemerintahan kerajaan Brooke. Sistem pentadbiran Mornaki telah diperkenalkan. Dalam sistem pentadbiran Mornaki itu, Raja Putih majlis tertinggi dan majlis negeri, seterusnya diikuti dengan Residen. Di bawah Residen akan dibantu oleh Pegawai Anak Negeri. Tugas Pegawai Anak Negeri adalah untuk memungut cukai, menasihati Residen dan mengetuai gerakan tentera.
Bangunan Kubu Alice juga berperanan sebagau mahkamah. Dalam mahkamah ini, Charles Brooke mengendalikan kes membunuh dan mencuri, manakala kes-kes biasa seperti kes berhutang dan kes bergaduh dikendalikan oleh kakitangan kerajaan.
Di tingkat bawah Kubu Alice merupakan sebuah penjara. Ia berfungsi sebagai tawaran musuh. Kerajaan Brooke membina penjara ini khas untuk menempatkan pesalah-pesalah.

4.0 Keadaan Bangunan
Kubu Alice diperbuat daripada kayu belian derma. Kubu Alice mempunyai keluasan yang tidak ketahui. Ia mempunyai menara pada setiap sudutnya berwajah lima.
Dinding yang menghadap ke sungai mempunyai banyak tingkap. Ia menghampiri dengan lantai tingkap atas. Ini untuk memudahkan meriam untuk menembak sasaran di sungai. Di bahagian bawah sekali ialah kaca. Dawai dan atas sekali ialah papan belian kaca diletakkan di bawah sekali untuk tidak bagi orang penjara tidak dapat melarikan diri. Ruang tengahnya adalah luas dan mempunyai sebuah tangga dan boleh turun dan naik jika mempunyai serangan musuh. Pagar Kubu Alice adalah dibuat daripada besi yang amat tajam.
Bangunan Kubu Alice mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik keranan kedudukannya yang amat strategik. Bangunan Kubu Alice ini amat indah jika dipandang  pada waktu petang dengan bunga dan pokok yang lebat. Para pelawat yang kebetulan melintasi kawasan ini mungkin akan tertarik dengan bangunan bersejarah ini. Jadi Bangunan Kubu Alice akan menjadi terkenal di Bandar Sri Aman.

5.0 Kepentingan Bangunan Masa Kini
Kubu Alice merupakan salah satu tempat untuk semua orang berkunjung termasuk pelancongan dan luar negeri. Kubu Alice juga digunakan sebagai tempat pentadbiran dan sebagainya. Di samping itu, Kubu Alice juga merupakan tempat pelancongan.
Banguanan Kubu Alice juga merupakan salah satu daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Sri Aman. Bangunan ini terletak berhampiran dengan Sungai Batang Lupar. Selain itu, ia juga mempunyai sejarah bangunan yang penting dan Kubu Alice juga merupakan tempat untuk orang ramai berehat  di tempat yang disediakan. Dengan adanya bangunan Kubu Alice ini, orang ramai akan dapat mengetahui sejarah bangunan Kubu Alice ini lebih teliti dan lanjut.

6.0 Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Segala keadaan yang ada pada bangunan sudah ada banyak perubahan dan juga ada yang sudah rosak. Contohnya yang ternyata sekali ialah semua barang yang telah rosak di dalam banguanan Kubu Alice telah ditukarkan dengan yang baharu.
Banguanan Kubu Alice dijaga dengan baik agar keadaannya tidak mudah rosak. Pihak yang berkuasa hendaklah menggantikan bahagian yang rosak kepada yang baharu.
Dari segi kawasan pula, ianya sentiasa dibersihkan sekali seminggu. Rumput-rumpai yang panjang dipotong agar keadaan sekeliling bangunan kelihatan bersih, cantik, dan menarik. Orang ramai juga tidak membuang sampah-sarap di merata-rata tempat berhampiran dengan Bangunan Kubu Alice. 


 Kubu Alice 的告示牌~


  Kubu Alice的四周風景~1


  Kubu Alice的四周風景~2


  Kubu Alice的四周風景~3


  Kubu Alice的四周風景~4


 Kubu Alice的四周風景~5

No comments:

Post a Comment